PETALING JAYA – Fenomena luar biasa melanda Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu apabila air laut melimpah hingga ke atas jalan raya, sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat.
Menerusi satu perkongsian oleh Muharam di TikTok, kelihatan air laut membanjiri jalan berhampiran kawasan pantai.
“Batu Buruk hampir ditenggelami air,” tulis Muharam dalam hantaran tersebut.
Ruangan komen perkongsian itu dibanjiri dengan reaksi orang ramai yang terkejut serta bimbang dengan situasi berkenaan.
“Tak pernah lagi Batu Buruk jadi macam ini sebelum ni. Selamatkanlah bumi Terengganu,” kata Miss Rindu.
“Sudah 55 tahun tinggal di Terengganu. Dua tiga tahun ini banjir besar air laut naik tinggi, setahun tiga kali banjir dengan ribut pun kuat. Semoga Allah lindungi negeri ku,” ujar Maliki.
“Tak pernah lagi sebelum ini air laut melimpah atas jalan macam itu. Dekat pula dengan hospital itu,” tulis Nurul Atikah. – KOSMO! ONLINE
@muharam.m72 batu buruk nak tenggelam air dah 😢 #terengganu #batuburuk #fyp ♬ Sholawat Badar – Muhajirlamkaruna