PETALING JAYA – “Boleh awak buatkan Super Ring ‘milk shake’ (susu kocak) untuk saya?”
Itu soalan seorang individu yang memesan minuman yang menggunakan keropok keju popular, Super Ring sebagai bahan utama daripada seorang pelayan di sebuah restoran yang terletak di Kajang, Selangor.
Menerusi sebuah video yang dikongsikan di TikTok, ia memaparkan pelayan berkenaan menunjukkan cara-cara penyediaan minuman itu yang turut mencampurkan susu segar, susu pekat, aiskrim dan serbuk rahsia.
“Mesti cuba ni, ‘milk shake’ Super Ring!,” katanya lagi.
Perkongsian menerusi laman sosial yang berkonsepkan menu-menu istimewa yang terdapat di Malaysia itu mengundang pelbagai reaksi orang ramai.
Mereka seolah-olah tidak dapat ‘menerima’ minuman yang dicipta berasaskan keropok keju berkenaan dan menyifatkan menu baharu yang ‘muncul’ di Malaysia semakin pelik.
“Pelik-pelik dah makanan di Malaysia ni,” luah @qis.
“Ikut awak la. Jangan ada nasi lemak ‘shake’ sudah,” komen @ambappe09.
“Nampak cam nak muntah, tapi nak rasa,” ujar seorang lagi pengguna. – KOSMO! ONLINE
@atf_foodcity Sahabat Bistro 📍1, Jalan Ramat 1/1, A Taman Ramal Indah, 430 Nh00 Kajang, Selangor ⏰ 24Hours (Everyday) #atffoodcity #malaysiafood #halal ♬ original sound – ATF food city