fbpx

[VIDEO] Rider jadi ‘hero’ kawal lalu lintas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik di TikTok memaparkan seorang penghantar makanan mengawal lalu lintas ketika lampu isyarat rosak.

PETALING JAYA – Seorang penghantar makanan muncul ‘hero’ apabila sanggup mengawal lalu lintas dalam keadaan hujan ketika lampu isyarat rosak di kawasan Setia Indah, Johor Bahru.

Menerusi perkongsian di TikTok oleh MomoJoo, lelaki itu dilihat berdiri di tengah jalan membantu mengawal aliran trafik yang sesak akibat lampu isyarat rosak.

Kesesakan teruk dari Taman Daya menuju ke Eco Palladium telah menyebabkan ramai pemandu terperangkap, namun kehadiran rider itu berjaya mengurangkan masalah.

“Saya sangat terkejut dan kagum apabila nampak dia berdiri di tengah jalan mengawal lalu lintas. Ini kerja pihak lain, tapi dia sanggup korbankan masa untuk bantu orang lain pada waktu puncak,” tulisnya di hantaran tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan pantas penghantar makanan itu.

“Dia sanggup berkorban masa untuk orang lain walaupun waktu hujan renyai. Terima kasih, abang Grab! Semoga rezeki abang dilapangkan,” tulis Sophie_aiq.

“Semua pemandu ikut arahan walaupun dia cuma abang Grab. Tahniah untuk semua yang bertimbang rasa,” kata Demok.

“Kita perlukan orang macam ini. Sebab saya pun takut nak melintas kalau lampu isyarat rosak. Masa itu semua orang nak cepat dan pentingkan diri. Tapi lelaki ini memang hero tak didendang!,” luah YayaZainie. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI