fbpx

[VIDEO] Ombak badai pekan Rengit, 4 rumah rosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZNAN ketika melakukan lawatan ke rumah penduduk di persisir pantai di pekan Sungai Rengit.

KOTA TINGGI – Empat buah rumah penduduk di pekan Sungai Rengit rosak akibat dipukul ombak dalam kejadian pagi semalam.

Susulan kejadian itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Surat, Aznan Tamin berkata, empat buah keluarga yang tinggal di kediaman itu akan dipindahkan ke penempatan sementara.

Menurutnya, perancangan itu bagi memastikan keselamatan penduduk terlibat terjamin ditambah pula dalam keadaan cuaca tidak menentu pada masa kini.

“Buat masa ini kita rancang untuk mereka ini pindah ke penempatan sementara kerana kerisauan kita adalah kita tidak dapat jangka bila berlaku keadaan ombak besar dan angin kuat ini lagi.

“Jadi kita keluarkan dahulu penduduk untuk keselamatan mereka. Setakat ini terdapat empat buat rumah terkesan dengan keadaan tersebut di Sungai Rengit ini,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan hakisan ombak di pekan Sungai Rengit, di sini hari ini.

Aznan berkata, hakisan pantai memang berlaku setiap tahun namun kali ini dilihat agak teruk berikutan fenomena air pasang beserta angin kencang yang berlaku.

Katanya, apa yang membimbangkan ketika kejadian berlaku ketinggian air laut baru mencecah dua meter lebih yang mana dijangka paras tinggi boleh mencapai sehingga 3.5 meter dan akan lebih memburuk jika berlaku sekali air pasang serta angin kuat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI