PETALING JAYA – Jalan raya di Pantai Tanjung Batu Rakit, Kuala Nerus, Terengganu, ranap akibat hakisan ombak kuat susulan fenomena Monsun Timur Laut yang sedang melanda.
Menerusi rakaman dron olah @arol67 di TikTok, dapat dilihat separuh dari jalan raya yang terletak betul-betul di tepi pantai itu berkecai akibat dihentam ombak kuat beberapa hari lalu.
Jalan raya itu terpaksa ditutup dengan kon merah kerana terdapat permukaan jalan retak dan terpisah, malah serpihan tar turut bertaburan menjejaskan keselamatan pengguna jalan raya.
Hantaran itu telah meraih perhatian ramai di media sosial yang rata-rata prihatin akan keselamatan pengguna jalan raya tersebut serta kesan hakisan terhadap infrastruktur pesisir pantai.
Orang ramai turut memberi cadangan untuk tindakan segera bagi membaik pulih jalan yang terjejas sebelum keadaan bertambah buruk.
“Kena pecahkan ombak dekat tengah. Tak pun, back to basic (kembali kepada asas), pokok bakau ditanam semula,” cadang Afiq Adnan.
“Pokok bakau ini habitat asal berlumpur. Jadi solusinya, kena pasang batu pemecah ombak. Macam Kedah, Perlis, ada kawasan yang tak ada pokok bakau memang ada batu pemecah ombak,” ujar Raheem, membalas komen Afiq tadi. – KOSMO! ONLINE
@arol67 13.1.2025 hakisan jalan pantai tanjung batu rakit terengganu #hakisanpantaibaturakit #terengganu #foryoupage ♬ suara asli – Vibes lyrics only🥀