PETALING JAYA – Cermin hadapan kereta seorang wanita retak selepas penutup botol termos yang disimpan di dalam kereta meletup dan melantun ke arah cermin berkenaan.
Dalam hantaran oleh @pinky_lollipops di TikTok, wanita itu menunjukkan keadaan cermin hadapan yang retak berbentuk bulatan akibat terkena penutup botol termos yang diletakkan di tepi pintu penumpang.
Menurutnya, botol termos tersebut berisi air tembikai yang telah lama ditinggalkan dalam kereta dalam keadaan cuaca panas, menyebabkan ia bergas apabila basi dan meletup akibat tekanan gas tersebut.
Hantaran itu mendapat perhatian ramai di media sosial, dengan rata-rata pengguna memberi amaran agar tidak meninggalkan minuman dalam kereta yang terdedah kepada panas matahari.
“Botol itu memang begitu kalau panas sangat. Saya pernah letak air panas, bila buka penutupnya, macam meletup kecil,” komen Fiina.
“Bahaya. Kalau lah anak-anak ada dalam kereta masa meletup tu, macam mana lah Beringat lah lepas ni,” nasihat Suejef.
“Bukan termos je, apa-apa barang yang bekas macam termos. Contoh, spray lipas, botol air mineral, powerbank memang tak boleh letak dalam kereta secara terus. Pastikan tersorok atau letak dalam beg,” ujar Belle. – KOSMO! ONLINE
@pinky_lollipops♬ original sound – fidelia1711