fbpx

Tiga lelaki dituduh miliki bahan pornografi kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa individu dibawa ke mahkamah untuk didakwa atas pertuduhan memiliki video dan gambar pornografi kanak-kanak dan dewasa di Mahkamah Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR / KOSMO!

PUTRAJAYA – Seorang pembantu restoran dituduh di Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak hari ini atas tiga pertuduhan memiliki Bahan Penderaan Seksual Kanak-Kanak (CSAM).

Tertuduh, yang berusia 29 tahun itu bagaimanapun tidak mengaku bersalah atas tiga pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim M. Kunasundary.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didapati berkomunikasi secara seksual dengan seorang kanak-kanak berusia 13 tahun menggunakan aplikasi WhatsApp pada 5 Disember 2022 di Blok G-1-02, Apartment D’rimba, Jalan Kenyalang 11/14, Kota Damansara.

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didapati turut meminta kanak-kanak sama menghantar gambar lucah bagi tujuan seksual di lokasi dan tarikh sama.

Seterusnya bagi pertuduhan ketiga pula, tertuduh didapati memiliki video pornografi kanak-kanak di alamat E2-6-4 Pangsapuri Tania, Jalan Merbah 11/3, Seskyen 11 Kota Damansara pada 20 Disember 2022.

Sebaik kertas pertuduhan dibacakan, Kunasundary menetapkan tertuduh dikenakan wang jaminan sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes ditetapkan pada 13 Februari depan. Tertuduh tidak dapat membayar wang jaminan itu dan dimasukkan ke Penjara Sungai Buloh sehingga tarikh sebutan semula kes.

Di mahkamah sama, dua lelaki masing-masing seorang pengurus syarikat berusia 41 tahun dan penganggr berusia 39 tahun mengaku tidak bersalah kerana memiliki bahan pornografi kanak-kanak.

Tertuduh, dikenakan wang jaminan masing-masing RM8,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes ditetapkan pada 13 Februari depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI