fbpx

Terbuka India: Jun Hao singkir pilihan kelima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUN HAO bangkit daripada kekalahan set pertama untuk mencatat kemenangan ke atas Shi Feng. - SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR – Perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao mempamerkan semangat juang cukup tinggi ketika bangkit menewaskan pemain China, Li Shi Feng pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka India.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Tertutup KD Jadhav, New Delhi sebentar tadi, dia dipaksa bermandi peluh sebelum menang 18-21, 21-17, 21-17 dalam tempoh 78 minit bagi menyingkirkan pilihan kelima kejohanan itu.

Lebih manis, kemenangan itu turut menyaksikan Jun Hao akhirnya berjaya menewaskan Shi Feng buat kali pertama dalam lima pertemuan selepas empat perlawanan terdahulu menyaksikan dia tewas.

Aksi ditampilkan bekas juara remaja Asia itu nyata lebih baik jika dibandingkan ketika dia tersingkir di pusingan pertama pada Terbuka Malaysia yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil minggu lalu.

Menanti Jun Hao di pusingan kedua yang dijadualkan berlangsung Khamis nanti adalah seorang lagi pemain China, Weng Hong Yang yang meraih kemenangan percuma ke atas wakil tuan rumah, K. Srikanth. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI