fbpx

Tak sepatutnya mohon ‘gag order’ terhadap Titah Adendum – Azalina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azalina

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said tidak bersetuju terhadap permohonan perintah larangan bersuara (gag order) bagi melarang mana-mana pihak membincangkan isu berkaitan permohonan semakan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung Titah Adendum.

Sebagai pengamal undang-undang, Azalina berkata, perkara itu sudah menjadi dokumen awam dan isu berkenaan pasti akan dibangkitkan semula di sidang Parlimen bulan depan.

“Apa yang saya boleh katakan adalah pada pandangan peribadi saya, tidak sepatutnya dibuat gag order kerana pertama, ia akan menjadi dokumen awam.

“Kedua, Parlimen akan bersidang bulan depan, jadi semua ini akan timbul semula,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Politic Financial International Conference 2025, di sini hari ini.

Bagaimanapun beliau berkata, pihaknya percaya Jabatan Peguam Negara (AGC) mempunyai alasan undang-undang tertentu untuk membuat permohonan tersebut.

“Apabila dihantar ke mahkamah, kita serah kepada mahkamah untuk membuat keputusan dan kita hormat keputusan itu,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan kerajaan akan memfailkan permohonan perintah larangan bersuara itu berikutan kes tersebut menyentuh isu sensitif. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI