fbpx

‘Susukan babi pengalaman indah buat saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IMRAN mempertahankan perbuatannya menyusukan anak babi sebagai satu tindakan yang menyalahi agama.

PETALING JAYA – Sedar tindakan menyusukan anak babi mengundang kecaman, pempengaruh Imran Bard mengakui hanya berkongsi pengalaman indah buat dirinya yang pertama kali berpeluang berbuat demikian.

Imran atau nama sebenarnya Muhammad Al Imran Badaruddin, 24, berkata bukan merupakan satu kesalahan memberikan susu kepada haiwan yang haram dipegang itu selagi tidak bersentuhan.

“Saya rasa tidak mengapa asalkan kita tidak memegangnya. Saya ‘post’ sebab ini pertama kali saya dapat suapkan babi susu. Jadi ini pengalaman indah buat saya, mungkin bukan untuk orang lain,” katanya.

Pada masa sama Imran turut menegaskan tidak membuka ruang fitnah seperti didakwa ketika memuatnaik gambar percutian di Thailand yang mencetuskan perdebatan ramai.

“Saya tak buka ruang fitnah. Kalau saya tak ‘post’ pun, babi ada di mana-mana,” ujarnya membalas komen seorang pengikut.

“Islam mengharamkan perbuatan fitnah namun pada masa sama seseorang itu perlu mengelakkan diri membuka ruang untuk difitnah,” tulis netizen terbabit.

Terdahulu, video dalam Instagramnya menunjukkan beberapa foto dan video percutian, termasuk lawatan di sebuah ladang babi di negara jiran tersebut.

Imran kemudian menyusukan beberapa ekor anak babi yang berada di dalam kandang namun perkongsian dilakukan mengundang pelbagai reaksi.

Antara teguran adalah tindakan dikatakan kurang sensitif yang semata-mata ingin meningkatkan lagi jumlah pengikutnya yang kini sudah mencegah 774,000.

“Demi mengejar ‘followers’. Banyak-banyak binatang, kenapa binatang itu yang dia pilih. Walaupun dia tak pegang,” ulas seorang pemilik akaun.

“Rasanya selagi boleh elak, tak perlu pun susukan babi. Apa maksud kamu, memberi susu kepada babi adalah pengalaman indah? Faham makhluk Allah tapi masing-masing berakal kan,” ujar netizen lain.

Begitupun, masih ramai netizen mempertahankannya apabila tidak melihat perbuatan Imran sebagai melampaui batas atau membelakangkan agama.

“Kasihan tengok mentaliti Melayu kat komen ini. Babi itu haram dimakan dan dipegang. Binatang patut disayangi, cuma kita diharamkan makan dan pegang,” kata seorang pengikut.

“Malu kat orang luar tengok Islam Malaysia kolot. Islam tak ajar untuk tak berbuat baik kepada binatang. Dia tak pegang, babi duduk dalam kandang. Kita manusia pula perangai macam babi,” tulis peminat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI