fbpx

Sumbangan Sara melalui MyKad secara bulanan disalur bermula esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kerajaan akan menyalurkan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) melalui MyKad secara bulanan kepada 700,000 penerima miskin dan miskin tegar bermula esok.

Untuk rekod, bagi tahun 2025, penyaluran Sara melalui penggunaan MyKad juga akan diperluaskan ke negeri Sabah dan Sarawak berbanding hanya di negeri Semenanjung Malaysia pada tahun 2024.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Sara merupakan pendekatan bantuan bersasar di mana sebahagian pertambahan hasil negara serta penjimatan daripada perbelanjaan subsidi diagihkan semula bagi membantu mereka yang memerlukan.

“Penyaluran Sara melalui MyKad juga bersasar kerana mekanisme tersebut memastikan golongan miskin menerima manfaatnya dalam bentuk barang asas termasuk makanan asas.

“Menjunjung prinsip kesaksamaan dan nilai manusiawi yang menghidupkan kerangka Ekonomi Madani, penyusunan semula kewangan kerajaan ini memastikan hasilnya dapat memanfaatkan rakyat terbanyak.

“Kerajaan juga komited menggunakan teknologi digital mutakhir bagi memastikan penyaluran bantuan dilakukan dengan kaedah mudah difahami dan digunakan oleh rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, kadar bantuan Sara ditingkatkan dengan isi rumah miskin dan miskin tegar di dalam rekod eKasih yang mana mereka bakal menerima RM2,100 untuk tahun 2025, berbanding RM1,200 pada 2024.

Bantuan Sara sebanyak RM100 sebulan akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima bagi bulan Januari hingga Mac 2025.

Mulai April 2025, kadar bantuan ini akan ditingkatkan kepada RM200 sebulan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI