fbpx

Shevon harap kecergasan pulih segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOON HUAT (kiri) dan Shevon tersingkir di peringkat separuh akhir Terbuka Malaysia baru-baru ini. - SHIDDIEQIIN ZON

TAHAP kecergasan pemain beregu campuran profesional negara, Shevon Lai masih belum di tahap terbaik ketika beraksi pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2025 yang menutup gelanggangnya kelmarin.

Justeru, Shevon berharap masalah dihadapi itu tidak berlanjutan menjelang kejohanan kedua musim ini iaitu Terbuka India di New Delhi bermula hari ini hingga Ahad depan.

Shevon berkata, kekalahan di separuh akhir Terbuka Malaysia memberi ruang kepada dia dan pasangannya, Goh Soon Huat untuk mendapatkan rehat secukupnya sebelum kembali beraksi di Terbuka India.

“Buat masa sekarang, tahap kesihatan saya berada pada 80 hingga 90 peratus untuk pulih. Saya akan cuba sebaik-baiknya dan berusaha memastikan saya segera sembuh, seterusnya kembali ke prestasi terbaik.

“Sekurang-kurangnya sekarang dapat rehat beberapa hari dan beri ruang kepada badan untuk pulih sepenuhnya. Saya akan meningkatkan momentum sebelum aksi Terbuka India,” katanya.

Pada separuh akhir Terbuka Malaysia, pasangan suami isteri itu akur dengan kekalahan tiga set 21-17, 12-21, 16-21 kepada beregu Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran yang kemudiannya menjadi juara.

Kekalahan itu dianggap sebagai pengajaran berguna buat Soon Huat-Shevon untuk mereka memperkemaskan lagi permainan bagi mencatat keputusan lebih baik pada Terbuka India.

“Saya fikir untuk mengatasi masalah dihadapi semasa di separuh akhir adalah kami perlu tampilkan aksi sama seperti pemain lawan. Saya juga perlu kuat untuk bertahan kerana sering menjadi sasaran lawan,” ujar Shevon.

Menjelang pusingan pertama Terbuka India, Soon Huat-Shevon berdepan aksi mencabar apabila dijadualkan bertemu pasangan Indonesia, Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI