fbpx

Sembilan keluarga masih berlindung di PPS SAR Padang Serai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan di salah sebuah kampung terjejas banjir di Pantai Remis semalam. - Foto IHSAN APMM

LUMUT – Mangsa banjir di tiga buah kampung di Pantai Remis di sini masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Agama Rakyat (SAR) Padang Serai sejak ia dibuka pada 9 Januari lalu.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata, seramai 31 orang mangsa banjir melibatkan sembilan keluarga itu berasal dari Kg. Padang Serai, Kg. Kasi dan Kg. Pengkalan Damar.

“Jumlah mangsa dan keluarga di PPS SAR Padang Serai di Pengkalan Baru di Manjung masih kekal,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran ribut petir pagi ini di Sarawak dan Sabah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI