fbpx

RM86.3 juta baiki cerun, jalan rosak di Semenanjung akibat tengkujuh – KKR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alexander menampal pelekat MyJalan A-Team pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kerja Raya di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kompleks Kerja Raya, Kementerian Kerja Raya, Kuala Lumpur hari ini. - Foto oleh ISKANDAR ISHAK

KUALA LUMPUR – Lebih RM86 juta diperuntukkan Kementerian Kerja Raya (KKR) bagi membaiki cerun runtuh dan jalan raya di seluruh Semenanjung akibat Monsun Timur Laut (MTL) atau musim tengkujuh yang bermula November lalu.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, daripada jumlah itu sebanyak RM41 juga diperuntukkan untuk membaiki sembilan cerun runtuh di tiga negeri iatu Kelantan, Perak dan Terengganu.

Beliau berkata, lima kejadian cerun runtuh dilaporkan berlaku di Perak dan masing-masing dua di Kelantan dan Terengganu.

Tambahnya, bagi penyelenggaraan jalan pula, KKR memperuntukkan kira-kira RM45.37 juta untuk membaiki kerosakan jalan akibat banjir di seluruh Semenanjung.

“Bagi penyelenggaran berkala pavemen di Semenanjung pula, sebanyak 13 projek melibatkan peruntukkan RM15.7 juta dilaksanakan.

“Sementara itu, bagi penyelenggaraan bukan pavemen, sebanyak 56 projek dilaksanakan melibatkan peruntukan RM26.97 juta,”katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2025 di sini hari ini.

Alexander berkata, KKR turut memperuntukkan RM1.5 juga untuk penyelenggaraan jambatan dan RM1.2 juta untuk lampu jalan serta lampu isyarat.

Bagi penyelenggaraan jalan raya di Sabah, Sarawak dan Labuan pula, KKR memperuntukkan RM56.2 juta melibatkan kira-kira 39 projek.

Dalam pada itu, ketika mengulas kejadian hakisan di jalan akibat ombak besar di sekitar Batu Rakit, Kuala Terengganu, beliau berkata, laluan itu adalah Jalan Negeri dibawah tanggungjawab Kerajaan Negeri.

“Saya difahamkan juga kerajaan negeri masih dalam peringkat perancangan untuk kerja-kerja pembaikan dengan anggaran kos berjumlah RM2 juta.

“Hal ini kerana kerja pengukuhan tebing pantai perlu dilaksanakan terlebih dahulu dan kemudian baru kerja-kerja pembaikan jalan dapat dilaksanakan,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI