fbpx

Raja Muda Perlis ketuai 111 kali kayuhan basikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUANKU Syed Faizuddin bersama peserta Kayuhan MAIPs Peduli bergambar kenangan di sebuah rumah tradisional di Kangar baru-baru ini.

KANGAR – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mencipta sejarah baharu apabila mengetuai sebanyak 111 kali Kayuhan MAIPs Peduli sepanjang 2024.

Rekod baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kayuhan inisiatif yang dimulakan sejak 2013 kini mencecah 978 kali.

Kayuhan tersebut berjaya menyantuni seramai 5,563 orang asnaf tahun lalu, sekali gus meningkatkan jumlah keseluruhan penerima manfaat kepada 51,028 asnaf.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd. Nazim Mohd. Noor berkata, sebanyak RM3.89 juta diagihkan kepada golongan asnaf melalui program itu sepanjang 2024.

“Kayuhan MAIPs Peduli bukan sekadar simbolik tetapi satu usaha transformasi dalam membantu golongan asnaf dan mendekati masyarakat secara langsung.

“Inisiatif ini selaras dengan Pelan Strategik MAIPs untuk memperkukuhkan pembangunan sosioekonomi umat Islam di Perlis dan memastikan golongan asnaf terus disantuni,” katanya kepada Kosmo! hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI