fbpx

Pulau hantu muncul, ghaib tiba-tiba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Imej satelit merakam pulau hantu yang muncul dan hilang secara tiba-tiba. - SWNS

BAKU, AZERBAIJAN  – Saintis-saintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) keliru apabila meneliti imej satelit memaparkan sebuah ‘pulau hantu’ yang muncul dan hilang secara tiba-tiba, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Pulau berupa bonjolan pasir muncul di Laut Caspian selepas gunung berapi dasar laut meletus pada awal 2023.

Akhir tahun sama, pulau itu bagaimanapun hilang, demikian menurut Balai Cerap Bumi NASA.

Peralatan penderiaan Operational Land Imager dan OLI-2 yang dipasang pada satelit Landsat 8 dan 9 merakam pulau itu ‘berkembang’  serta ‘menguncup’,  24 kilometer dari pantai timur Azerbaijan, dekat ibu kota, Baku.

Pulau sementara itu terbentuk di sekitar tapak gunung berapi lumpur,  Kumani Bank yang juga dikenali sebagai Chigil-Deniz, tidak lama selepas ia meletus.

Saintis-saintis berpendapat letusan itu memuntahkan bahan pepejal mencukupi untuk membentuk binaan sementara yang terapung di permukaan laut.

Ahli Geologi Universiti Adelaide, Mark Tingay berkata, pemerhatian satelit tambahan menunjukkan pulau itu terbentuk antara 30 Januari hingga 14 Februari 2023 dengan ukuran melintang kira-kira 400 meter.

“Menjelang akhir tahun 2024, hanya secebis tanah kecil di Kumani Bank yang masih tinggal di permukaan laut  dan ia akan hilang juga tidak lama lagi,” katanya. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI