fbpx

Polis tahan enam suspek kes samun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PARIT – Tindakan pantas polis berjaya menahan enam lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian samun hingga menyebabkan kecederaan ke atas mangsa di kaki lima rumah kedai di Seri Iskandar di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata, kesemua suspek warga tempatan berusia 32 hingga 41 tahun itu diberkas dalam tangkapan berasingan di sekitar Ipoh semalam.

“Dalam kejadian pukul 6.30 pagi itu, mangsa berusia 40 tahun kerugian wang tunai sebanyak RM1,700 dan seutas rantai leher emas. Suspek dikatakan merentap rantai leher mangsa hingga menyebabkan lelaki itu mengalami kecederaan di bahagian leher dan pipi kiri.

“Berdasarkan siasatan, kesemua suspek pertama kali melakukan jenayah samun. Kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI