fbpx

Penduduk enggan terima tengkorak, bimbang sumpahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Satu siri tengkorak sumpahan dihasilkan oleh pemburu kepala kanibal. - Missiemuseum

PORT MORESBY, PAPUA NEW GUINEA  – Satu puak pribumi di Papua New Guinea enggan menerima siri tengkorak didakwa terkena sumpahan yang dihasilkan oleh pahlawan pemburu kepala selepas sebuah muzium Belanda menawarkan untuk memulangkannya kepada mereka, lapor akhbar Metro UK kelmarin.

Tengkorak ritual itu dibuat oleh suku Iatmul yang tinggal di sepanjang tebing Sungai Sepik. Ia digunakan dalam upacara mereka.

Setiap tengkorak diambil dari kubur nenek moyang suku kaum itu, ditutup dengan tanah liat dan digunakan dalam upacara kerohanian termasuk berkabung, memburu serta memohon bantuan agama.

Ia dikumpulkan oleh mubaligh Roman Katolik Jerman pada awal abad ke-20. Dia  menganggap tengkorak puak pemburu kepala sebagai lambang primitif asli dan justifikasi untuk ‘mentamadunkan’ mereka melalui campur tangan penjajah.

Tengkorak itu kemudian menjadi barang koleksi yang sangat dicari dalam kalangan orang kaya Eropah, dan kebanyakannya dijadikan koleksi muzium.

Salah satu muzium seumpamanya, Missiemuseum di Steyt, Belanda, baru-baru ini berbincang dengan penduduk Papua New Guinea untuk mengembalikan objek itu kepada orang Iatmul dalam usaha untuk menebus kesalahan masa lalu penjajahan mereka.

Kurator muzium tersebut, Paul Voogt  mengembara ke Papua New Guinea untuk membincangkan mengenai pemulangan tengkorak tersebut, namun masyarakat setempat menolak tawarannya.

“Saya bertanya kepada mereka sama ada mereka ingin mendapatkannya kembali. Mereka menjawab tidak. 

“Apabila saya bertanya kenapa, mereka berkata bahawa ia sudah lama berlaku. Tengkorak itu dikatakan telah ‘kehilangan kuasa’ dan tidak lagi berguna kepada  penduduk setempat. Ia kini hanya objek,” kata Voogt.

Tambah Voogt, penduduk turut berpendapat tengkorak-tengkorak  itu berbahaya.

“Kata mereka, ia berkemungkinan tengkorak musuh. Jika dibawa ke dalam kampung, ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada kampung itu, satu sumpahan,” katanya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI