fbpx

Panggilan telefon tidak berjawab, abang temui adik mati 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

IPOH – Kebimbangan seorang lelaki selepas gagal menghubungi adiknya membawa kepada penemuan mayat mangsa dalam keadaan tergantung di sebuah pangsapuri di Lebuh Meru Raya, di sini Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pihaknya ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat pada pukul 11.35 pagi.

Katanya, sebaik sahaja tiba di lokasi, didapati mangsa berusia 27 tahun itu dalam keadaan tergantung di ruang tamu rumah dengan memakai seluar pendek.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh penolong pegawai perubatan pada pukul 12.20 tengah hari.

“Siasatan awal pegawai penyiasat di lokasi kejadian mendapati terdapat nota pada dinding rumah dengan semburan cat berwarna merah. Bagaimanapun, tiada sebarang ‘foul play’ dan kesan pergelutan yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah dalam kes ini,” katanya di sini hari ini.

Abang Zainal berkata, berdasarkan temu bual dengan abang mangsa, lelaki itu memberitahu adiknya yang telah berkahwin dan mempunyai seorang anak itu mengalami masalah rumah tangga dan tinggal berasingan dengan isterinya sejak dua tahun lalu.

Katanya, kali terakhir lelaki itu menghubungi adiknya pada Khamis, sehari sebelum kejadian dan mangsa dalam keadaan baik selain tidak menceritakan apa-apa masalah kepada abangnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI