fbpx

Nelayan hanyut ke Aceh tidak akan pulang hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga nelayan tempatan hanyut ke Aceh selepas keluar merawai di perairan Pulau Payar, Langkawi pada Khamis lalu.

LANGKAWI – Kementerian Luar Negeri akan berbincang dengan pihak berkuasa Indonesia sebelum menguruskan penghantaran pulang tiga nelayan yang hanyut ke Aceh selepas keluar menangkap ikan pada Khamis lalu.

Maritim Malaysia (APMM) dalam satu kenyataan di sini memberitahu, proses membawa pulang Asrulhisham Zainon, 47, anaknya, Shahril Aiman Asrulhisham, 16, dan seorang awak-awak, Mohamad Al-Amin Sufian, 29, dijangka mengambil masa selama beberapa hari.

“Buat sementara ini mangsa diserah kepada pihak Imigresen Indonesia untuk dokumentasi dan sebagainya,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan tiga nelayan tempatan yang hilang di laut selepas keluar merawai di perairan Pulau Payar, di sini pada Khamis lalu disahkan selamat setelah seorang daripada mangsa menghubungi ahli keluarganya tengah hari semalam.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, adik mangsa memaklumkan kepada Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Langkawi bahawa abangnya telah menghubungi ibu mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI