fbpx

MotoGP: Bagnaia masih dihantui kegagalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAGNAIA memenangi 11 daripada 20 perlumbaan musim lalu, namun masih gagal mempertahankan gelaran dunia yang terlepas ke tangan Martin. - AFP

ROM – Juara dunia MotoGP dua kali, Francesco Bagnaia seakan-akan ‘dihantui’ kegagalannya musim lalu apabila masih memikirkan punca dia terlepas mempertahankan gelaran sejurus tewas kepada pelumba Pramac, Jorge Martin.

Pelumba Itali tersebut yang berkahwin dengan Domizia Castagnini pada Julai 2024 mengakui fikirkannya masih mengimbas detik perlumbaan musim lalu walaupun sedang menikmati percutian bulan madu.

Musim lalu, Bagnaia yang melakar 11 kemenangan dalam 20 perlumbaan dilihat kecewa kerana gagal mempertahankan gelarannya apabila tunduk kepada Martin yang ketika itu bersaing bersama pasukan satelit Ducati, Pramac.

“Saya tahu kesilapan saya sendiri. Apa yang bagus, saya banyak melakukan analisis diri. Walaupun ketika bulan madu, saya masih memikirkan momen-momen tertentu sepanjang musim lalu,” kata Bagnaia.

Bagnaia yang kekal bersaing bersama Ducati merasakan rehat musim sejuk sebagai waktu yang berharga untuk menghilangkan tekanan.

“Cuti musim sejuk adalah waktu yang sangat diperlukan untuk berehat dan bersedia semula sebelum menempuh jadual yang panjang pada musim 2025 nanti. Tetapi, musim ini akan menjadi sangat mencabar kerana bilangan perlumbaan semakin banyak dan sengit.

“Saya percaya Aprilia dengan pelumba seperti Martin dan Marco Bezzecchi akan menjadi sangat pantas. KTM juga mempunyai pelumba yang sangat kuat. Yamaha dan Honda juga mungkin akan meningkat, terutamanya Yamaha,” tambahnya.

Ducati bakal mendedahkan jentera baharu GP25 pada 20 Januari ini di Itali, sebelum ujian pramusim bermula di Litar Antarabangsa Sepang pada 5 hingga 7 Februari bersama rakan sepasukan baharu, Marc Marquez. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI