KUALA TERENGGANU – Mangsa banjir di Terengganu meningkat sedikit kepada 299 orang daripada 78 keluarga di Kemaman dan Dungun.
Mereka terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) setelah rumah mereka terjejas akibat fenomena air pasang dan ombak besar.
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, dua PPS dibuka di Kemaman manakala sebuah di Dungun.
“Seramai 194 mangsa daripada 50 orang berada di PPS Dewan Serbaguna Kampung Kuala Kemaman.
“PPS Balai Raya Kampung Geliga Pantai pula mempunyai 91 orang daripada 23 keluarga,” katanya di sini hari ini.
Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu berkata, seramai 14 mangsa daripada lima keluarga di PPS Balai Raya Bandar Paka, Dungun.
Beliau berkata, pemantuan sedang dilakukam berikutan fenomena angin kencang dan air pasang besar dijangka berlarutan sehingga esok. – KOSMO! ONLINE