fbpx

Mangsa banjir menurun kepada 2,510 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penduduk, Muhd Faiz Rajab mula mengemas rumah setelah banjir mulai surut di Kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram, Johor Bahru semalam. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI

 

PETALING JAYA – Seramai 2,510 mangsa banjir daripada 726 keluarga direkodkan petang ini, menurun berbanding 2,965 mangsa yang direkodkan pagi tadi.

Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah mangsa di Johor, Terengganu dan Sarawak menurun, tetapi Pahang merekodkan peningkatan dengan 186 mangsa daripada 43 keluarga.

Seramai 2,257 mangsa banjir daripada 656 keluarga masih ditempatkan di 22 pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi di Kota Tinggi, Kluang, Pontian dan Johor Bahru di Johor.

Sementara di Terengganu, jumlah mangsa menurun kepada 16 mangsa daripada lima keluarga yang kini berada di satu PPS di Dungun, manakala Sarawak juga merekodkan penurunan kepada 20 mangsa daripada 13 keluarga.

Bilangan mangsa banjir di Perak kekal tidak berubah sejak semalam iaitu 31 mangsa daripada sembilan keluarga.

“Sebanyak 26 PPS beroperasi setakat petang ini,” menurut info berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI