fbpx

Mangsa banjir di Pahang, Terengganu meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seramai 2,965 mangsa banjir daripada 886 keluarga direkodkan pada pagi ini, mencatatkan penurunan berbanding 3,469 mangsa yang direkodkan petang semalam.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Johor menunjukkan penurunan ketara dengan jumlah mangsa menurun kepada 2,632 mangsa daripada 762 keluarga, berbanding 3,232 mangsa semalam.

Namun, situasi di Pahang, Terengganu, dan Sarawak menunjukkan peningkatan jumlah mangsa banjir pagi ini.

Di Pahang, jumlah mangsa meningkat daripada 152 kepada 184 mangsa, sementara Terengganu mencatatkan 78 mangsa daripada 55 keluarga serta Sarawak turut merekodkan peningkatan dengan 40 mangsa daripada 18 keluarga.

Sementara itu, di Perak, bilangan mangsa kekal tidak berubah sejak semalam iaitu 31 mangsa daripada sembilan keluarga.

“Setakat pagi ini, sebanyak 36 pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi,” lapor JKM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN