fbpx

Mahu untung RM1.44 juta tapi rugi RM252,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JEMPOL – Impian seorang penjual `online’ mahu meraih keuntungan sebanyak RM1.44 juta berkecai apabila mengalami kerugian lebih RM252,000 selepas tertipu sindiket pelaburan palsu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, kejadian bermula apabila mangsa seorang wanita berusia 39 tahun melihat iklan pelaburan di Facebook.

Katanya, mangsa berminat kemudian menyertai pelaburan itu dengan memilih Pakej A iaitu jika melabur RM150,000, wanita itu akan menerima RM1,440,000 dalam tempoh dua bulan.

“Mangsa membuat 15 transaksi secara berperingkat dari 12 November hingga 24 November tahun lalu ke enam akaun bank berbeza yang diberikan sindiket dengan transaksi permulaan RM250. Jumlah keseluruhan pembayaran dibuat mangsa RM252,004,” katanya.

Chang Hook berkata, mangsa akhirnya menyedari ditipu selepas sindiket berkenaan terus meminta wang kononnya untuk pelbagai urusan sedangkan tiada pulangan diterima. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI