fbpx

Lelaki pukul isteri sebab tolak ajakan ‘bersama’ kena jel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH diiringi anggota polis ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka. - Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI / KOSMO!

MELAKA – Padah mencederakan isteri kerana berang ajakan untuk ‘bersama’ ditolak, seorang pemotong rumput dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Khairunnisak Hassni membuat keputusan itu selepas menerima pengakuan salah daripada tertuduh berusia 32 tahun.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh telah menyebabkan kecederaan kepada isterinya berusia 32 tahun untuk mengadakan hubungan kelamin dengan mangsa.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 2 pagi di dalam bilik kelamin sebuah rumah di Kampung Padang dalam daerah Melaka Tengah pada 10 Januari 2025.

Mengikut fakta kes, tertuduh bertindak menampar, menumbuk, mencekik, menendang dan memukul isterinya menggunakan kayu sehingga mengakibatkan kecederaan kerana berang wanita itu menolak ajakan untuk melakukan persetubuhan.

Mangsa memberikan alasan kepenatan menjaga anak lelaki mereka yang berusia setahun selain tidak tahan dengan permintaan tertuduh yang mahu melakukan persetubuhan setiap hari.

Timbalan Pendakwa Raya, Hanis Aliah Ahmad Kamarulnajuib memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh, namun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman penjara minimum kerana dia dan isteri sudah tidak lagi tinggal bersama selain telah insaf. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI