fbpx

Lelaki cirit-birit, sapu najis pada muka penyelamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar menunjukkan seluar pemandu yang dipenuhi dengan najisnya sendiri. - Facebook

BANGKOK – Seorang lelaki melumur najisnya pada wajah anggota penyelamat kerana dia tidak diberikan motosikal untuk pergi ke tandas selepas terlibat dalam kemalangan di sebatang jalan di Thailand, lapor portal berita Thaiger semalam. 

Kejadian berlaku di daerah Bang Pakong, wilayah tengah Chacheongsao pada 11Januari lalu. 

Pemandu berusia 57 tahun itu melanggar sebuah kereta sedan sebelum dibantu oleh seorang lelaki bernama Thitipakin yang kebetulan menyaksikan kemalangan itu. 

Pemandu tersebut mahu meminjam motosikal milik Thtitipakin untuk pergi ke stesen minyak berhampiran kerana mengalami cirit-birit. 

Thitipakin menolak permintaan itu kerana bimbang dengan keadaan pemandu berkenaan yang mabuk. 

Selepas permintaannya ditolak, dia nekad membuang air besar di dalam seluar sebelum menyapu najisnya pada wajah Thitipakin. 

“Saya sudah beritahu yang saya perlu ke tandas. Adakah anda percaya saya sekarang?” kata lelaki itu.

Polis yang tiba di tempat kejadian mendapati pemandu berkenaan berdiri di tengah jalan dengan seluar yang dipenuhi kotoran itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI