fbpx

‘Kami terlelap sebelum dikejutkan bunyi dentuman’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Aziah (kiri) ketika ditemui di Hospital Seberang Jaya, hari ini. -Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN / KOSMO!

SEBERANG PERAI – “Keadaan jadi senyap sunyi dan saya hanya tersedar tiba-tiba sudah tertiarap di lantai bas.”

Itu luahan Nor Aziah Omar, 61, salah seorang mangsa yang terselamat setelah bas persiaran yang mereka naiki melanggar bahagian belakang sebuah treler di Kilometer (KM) 157.8 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat Sungai Bakap, di sini pagi tadi.

Bas persiaran yang membawa 24 ahli kumpulan Helwa Surau Bandar Seremban Selatan, Negeri Sembilan itu dalam perjalanan ke Kedah sempena program lawatan dua hari satu malam.

Katanya, ketika kejadian berlaku, dia baru sahaja terlelap sebelum dikejutkan dengan bunyi dentuman yang kuat.

“Impak pelanggaran itu membuatkan kebanyakan muka ahli rombongan terhentak ke bahagian tempat duduk hadapan, namun syukur kerana kami semua selamat. Saya turut diserang asma selepas kejadian namun sudah pulih selepas diberi rawatan segera.

Keadaan bas rombongan yang terlibat kemalangan dengan sebuah treler di Sungai Bakap, pagi tadi.

“Difahamkan, ada tiga ahli rombongan yang mengalami kecederaan teruk dan sedang menerima rawatan manakala yang lain hanya cedera ringan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini hari ini.

Sementara itu, salah seorang mangsa, Nor Azizah Arshad, 58, berkata, dia bersama ahli rombongan lain mengaji beramai-ramai sebelum terlelap.

“Kami semua tidak tidur lena pun tetapi selepas pelanggaran itu berlaku, masing-masing terpaku di tempat duduk. Saya terjatuh di atas lantai bas dan meminta tolong ahli rombongan lain untuk bantu tetapi semua senyap kerana sangat terkejut.

Saya menyertai rombongan ini bersama tiga kakak saya dan syukurlah kami semua hanya cedera ringan sahaja, cuma kaki saya sakit dan tangan lebam-lebam sedikit. Saya sudah dibenarkan pulang manakala tiga lagi masih dalam pemantauan doktor,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI