fbpx

Jangan jadikan alasan miskin, kewangan untuk tolak tawaran MRSM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asyraf Wajdi

PETALING JAYA – “Jangan jadikan alasan kemiskinan dan kekangan kewangan untuk menolak tawaran MRSM (Maktab Rendah Sains Mara)”.

Demikian pesanan yang ditinggalkan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menerusi satu hantaran di Facebook beliau hari ini.

Menurut Asyraf Wajdi, calon MRSM yang berdepan dengan masalah kewangan boleh merujuk dengan mana-mana pejabat Mara untuk memohon bantuan.

“Insya-Allah saya dah minta Mara dan semua 57 MRSM bantu,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan seramai 8,909 pemohon diberi tawaran untuk belajar di MRSM bagi sesi kemasukan tahun ini.

Secara keseluruhan Mara menerima sebanyak 93,635 permohonan, namun hanya 7,229 tempat disediakan bagi kemasukan ke tingkatan satu dan 1,680 lagi adalah bagi pelajar tingkatan empat.

Asyraf Wajdi berkata, Mara masih mengekalkan dasar sedia ada dengan 60 peratus penawaran adalah kepada keluarga berpendapatan rendah (B40) dengan kautamaan juga diberikan kepada pemohon luar bandar dan miskin bandar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI