fbpx

Introvert di pejabat? Anda unik!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Golongan introvert di pejabat kebiasaannya lebih fokus dan produktif apabila bekerja seorang diri atau dalam kumpulan kecil.

Pakar Komunikasi, Bahasa Badan dan Kepimpinan Organisasi, Dr. Syed Faizal berkata, individu introvert juga jarang berbual kosong, tetapi apabila mereka berkata-kata, selalunya adalah tentang perkara yang bermakna.

“Mereka (introvert) tak selesa sangat dalam mesyuarat besar dan hanya terlibat dalam komunikasi terpilih.

“Selalunya, golongan ini perlukan ruang bersendiri. Selepas banyak interaksi sosial, mereka perlukan masa untuk ‘recharge’ (cas semula) tenaga mereka,” katanya di TikTok.

Selain itu katanya, individu introvert selalunya adalah seorang pendengar yang baik.

“Mereka lebih suka dengar dulu sebelum bagi pandangan. Ini membuatkan mereka sangat memahami dan selalunya sesuai menjadi pendengar kepada anda.

“Introvert juga suka mengelak menonjolkan diri, tak suka spotlight (perhatian). Mereka lebih tenang bekerja di sebalik tabir.

“Jadi jika anda ada rakan sekerja atau anda pegawai atasan yang mempunyai anak buah begini, ingat, introvert ada kelebihan unik mereka. Jadi, hargai mereka di tempat kerja anda,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI