fbpx

Fella Design bukan lagi jenama untuk orang lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yu Kong Ching bergambar di dalam satu sudut menarik di outlet Fella Design hari ini.

SHAH ALAM – Fella Design yang telah berada di pasaran sejak 39 tahun lalu kini fokus untuk meluaskan penguasaan pasarannya bagi memenuhi keperluan pelanggan khususnya daripada golongan muda dengan produk yang lebih segar dalam menata rias kediaman mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fella Design, Yu Kong Ching berkata, menerusi kombinasi warna dan cita rasa pilihan sarung fabrik dengan mengetengahkan konsep farmhouse (rumah ladang), ia bakal membantu golongan tersebut memperuntukkan bajet untuk memiliki produk daripada jenamanya.

Konsep farmhouse itu ditawarkan dengan tiga pilihan iaitu Classic Cottage (Pondok Klasik), Rustic Farmhouse (Rumah Ladang Desa) dan Modern Farmhouse (Rumah Ladang Moden).

“Kami mahu menonjolkan keunikan Fella Design dan ia bukan lagi jenama untuk orang lama atau orang tua.

“Sebaliknya, kita mahu mengejar pasaran golongan muda berusia 40 tahun ke bawah.

“Berdasarkan pengalaman, kebanyakan pelanggan, mereka kini begitu sukar atau mencari kesepadanan dalam tata rias rumah.

“Sehubungan itu, kami mengadaptasikan farmhouse ini sebagai konsep dekorasi pilihan. Bahasa mudanya Fella Design adalah berjiwa muda dan mo­den,” katanya ketika ditemui ­Kosmo! di sini hari ini.

Menurut beliau, sebanyak 16 buah bilik pameran di seluruh negara mengalami transformasikan dengan lima daripadanya telah siap diubahsuai memiliki konsep farmhouse iaitu di Shah Alam, Juru di Pulau Pinang, Seputeh di Kuala Lumpur, Bangi dan Ipoh, Perak.

Kong Ching mengakui sentimen peruncitan perabot agak lembap dengan ramai memilih langkah berjimat.

“Namun, Fella Design mengambil pendekatan berbeza dan merasakan perlu membawa perubahan dalam memberikan inspirasi atau idea kepada pe­langgan memilih keseluruhan kelengkapan kediaman yang bersesuaian dengan citarasa golongan muda.

“Inisiatif sebegini akan memberikan keyakinan kepada pe­langgan bahawa kami masih relevan dan agresif untuk terus pelopori segemn industri ini,” terang beliau. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI