fbpx

FAM ikrar guna dana sebaik mungkin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMIDIN percaya peningkatan dana yang diumumkan oleh Perdana Menteri mampu menjadikan Harimau Malaya lebih kompetitif. - FB FAM

PENINGKATAN peruntukan sehingga RM30 juta buat Harimau Malaya akan memberi kesan positif buat pasukan kebangsaan untuk mendapatkan keputusan lebih baik pada masa akan datang.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Hamidin Mohd Amin, berkata badan induk itu akan menggunakan peruntukan itu sebaik mungkin membabitkan pelbagai peringkat.

“Dana ini juga akan digunakan oleh FAM bagi aspek pengurusan organisasi untuk memacu perubahan bagi memastikan para pemain skuad kebangsaan mendapat sokongan yang terbaik daripada tenaga pakar yang dilantik.

“Peruntukan tambahan ini juga sudah pasti akan meningkatkan lagi motivasi buat para pemain skuad kebangsaan bagi mencapai lebih banyak kejayaan pada masa hadapan,” katanya.

Kerajaan akan meningkatkan peruntukan RM15 juta yang diumumkan sewaktu Belanjawan 2025 khusus untuk pembangunan sukan bola sepak kepada RM30 juta yang mana baki jumlah RM15 juta bakal dibiayai pihak swasta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan peruntukan itu akan diguna bagi meningkatkan program pembangunan Harimau Malaya di setiap peringkat selain mempersiapkan pasukan utama agar lebih kompetitif dalam setiap kejohanan antarabangsa disertai.

“FAM berbesar hati dengan pengumuman daripada Perdana Menteri berhubung peningkatan peruntukan terhadap Harimau Malaya.

“FAM akan memanfaatkan sebaik mungkin tambahan peruntukan ini bagi meningkatkan program-program pembangunan Harimau Malaya pada setiap peringkat,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI