fbpx

EPL: Kepenatan tak jejaskan Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOTA (kanan) yakin mereka mampu membawa pulang tiga mata ke atas Forest di City Ground awal pagi esok. - LFC

LIVERPOOL – Aksi sukar menanti pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool menjelang pertemuan penting menentang salah satu pencabar musim ini, Nottingham Forest di Stadium City Ground awal pagi esok.

Meskipun dianggap sebagai pasukan pilihan pada perlawanan itu, namun The Reds tetap berwaspada dengan ancaman tuan rumah yang sudah mencatat lima kemenangan berturut-turut sebelum ini.

Beberapa pemain utama seperti Alisson Becker, Kostas Tsimikas, Harvey Elliott dan Diogo Jota sudah kembali daripada kecederaan, namun ia bukan tiket mudah untuk mereka berada dalam keadaan selesa.

Jota berkata, walaupun masih berada dalam keadaan penat selepas beraksi pada pusingan ketiga Piala FA, namun mereka perlu bersedia sepenuhnya bagi membawa pulang tiga mata ke Anfield.

“Memang benar kami berdepan jadual padat tetapi inilah yang kami mahukan, iaitu kekal beraksi dalam semua pertandingan. Jadi, kami memang perlu bersedia untuk bermain beberapa perlawanan dalam tempoh seminggu.

“Saya fikir semua pemain sudah biasa dengan situasi ini. Sekarang kami akan berehat dan melakukan persiapan terbaik kerana semua orang tahu Forest menampilkan aksi luar biasa musim ini,” katanya.

Sementara itu, Liverpool juga masih menunggu perkembangan mengenai tahap kecergasan pemain pertahanan, Joe Gomez sama ada boleh diturunkan atau tidak pada perlawanan penting nanti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI