fbpx

Cuaca cerah seluruh Semenanjung pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat dan angin kencang di dua negeri sehingga 11 pagi ini.

MetMalaysia memaklumkan dalam kenyataan hari ini, dua negeri yang dijangka hujan lebat dan angin kencang adalah Sarawak dan Sabah.

“Di Sarawak, hujan lebat melibatkan Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu, manakala di Sabah pula, keadaan yang sama diramalkan meliputi Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Pitas dan Kudat),” katanya.

Walau bagaimanapun, cuaca cerah dan baik kelihatan berlaku di seluruh Semenanjung negara termasuk Wilayah Persekutuan Labuan pagi ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI