fbpx

Budak usus terkeluar berubah jadi pendiam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mat Noh bersama anaknya yang menderita sebahagian usus terkeluar ketika ditemui di rumahnya di Felda Kota Gelanggi Empat, Jerantut.

JERANTUT – Mohd. Adam Mat Noh yang berusia lima tahun tidak seperti kanak-kanak lain yang bernasib baik apabila dapat menikmati zaman kanak-kanak dengan pelbagai aktiviti.

Mohd. Adam hanya mampu menghabiskan masa di rumahnya di Felda Kota Gelanggi Empat di sini, apabila sebahagian ususnya keluar dari perutnya.

Bapanya, Mat Noh Mohamed, 55, berkata, derita yang ditanggung anak keduanya itu menyebabkan kanak-kanak itu menjadi seorang pendiam, pemalu dan mengasingkan diri.

“Anak saya menderita sebahagian usus perutnya keluar dan cuma dibantu dengan pemakaian beg stoma untuk membuang najis.

“Dia dikesan mengalami gangguan di bahagian usus perut sejak dilahirkan apabila anggota dalaman itu pendek dan tersumbat,” katanya di Felda Kota Gelanggi Empat di sini semalam.

Mat Noh yang berstatus orang kelainan upaya (OKU) tulang paha pendek sejak kecil berkata, kerosakan usus anaknya semakin ketara apabila tidak dapat membuang najis melalui dubur.

Katanya, anaknya menjalani pembedahan usus kali pertama di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan dua tahun lalu bagi membolehkannya membuang najis.

“Selepas pembedahan, kea­daan kesihatannya tidak berubah dan usus masih tidak berfungsi dengan baik, menyebabkan sekali lagi dia menjalani pembedahan tahun lalu sehingga sebahagian ususnya dibiarkan keluar dengan pemakaian beg stoma.

“Pembuangan air besarnya kini melalui beg stoma, namun dia kerap sakit apabila tergesel dengan pakaian,” kata­nya.

Katanya, walaupun menerima bantuan bulanan RM450 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai status pemegang kad OKU, tetapi masih tidak mencukupi kerana ia cuma untuk keperluan dapur.

Katanya, setiap hari anaknya memerlukan tiga beg stoma najis berharga RM5.50 sekeping menyebabkan dia terpaksa membasuh beg berkenaan untuk dipakai semula.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Mat Noh Mohamed menerusi talian 017-7404833 atau menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional 0610541100045967 (Mat Noh Mohamed).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI