fbpx

Bot pelancong karam di Phuket 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Katamaran yang membawa 33 pelancong itu tenggelam di selatan Phuket semalam. - Jabatan Marin

BANGKOK – Seramai 33 pelancong warga China berjaya diselamatkan selepas bot katamaran yang mereka naiki karam di selatan Phuket, lapor laman berita Bangkok Post semalam. 

Katamaran dinamakan Ameray 888 itu tenggelam sekitar pukul 12.30 tengah hari (waktu tempatan) di utara pulau Koh Racha Yai. 

Pengurus katamaran dikenali sebagai Ef berkata, bot membawa kira-kira 33 pelancong itu memulakan perjalanan dari Koh Racha Yai menuju Koh Hey. 

“Kemalangan berlaku apabila sebuah tingkap tertanggal, menyebabkan air masuk ke dalam bot.

“Bot mewah itu tenggelam dalam masa 20 minit. Semua pelancong dan pemandu memakai jaket keselamatan semasa kejadian. 

“Mereka diselamatkan oleh beberapa bot termasuk bot pelancong dan nelayan,” tambahnya. 

Menurut Jabatan Laut Phuket, siasatan sedang giat dijalankan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI