fbpx

[VIDEO] Bomba pantau individu buat ‘live’ ombak besar di Pantai Seberang Takir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azmi (kanan) menasihati salah seorang pengunjung yang melihat ombak besar di Pantai Seberang Takir, Kuala Nerus semalam.

KUALA NERUS – Orang ramai dinasihati agar menjauhi pesisir Pantai Seberang Takir di sini yang sedang dilanda fenomena air pasang besar, ombak besar dan angin kencang sehingga Selasa minggu depan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerus, Azmi Omar berkata, fenomena air pasang besar setinggi 2.8 meter sepanjang tempoh terbabit menyebabkan air laut melimpah ke jalan raya.

Beliau berkata, ombak itu turut membawa sampah dan batuan yang dapat berbahaya kepada pengguna laluan utama menghala ke Jambatan Angkat Kuala Terengganu berkenaan.

“Pemantuan kami juga berlaku hakisan pantai yang sudah menghampiran kurang 10 meter dari jalan raya.

“Begitu saya kesal ramai tidak merisaukan bahaya menanti dengan ramai berkumpul semata-mata untuk melihat fenomena ombak besar tersebut,” katanya ketika mengetuai rondaan di pesisir Pantai Seberang Takir di sini malam tadi.

Azmi berkata, berdasarkan pemerhatian lebih 10 individu sanggup menggadai nyawa semata-mata mahu merakam video siaran langsung situasi terkini ombak besar tersebut di media sosial.

Beliau berkata, keghairahan untuk menarik tontonan ramai di media sosial itu dikhuatiri boleh membahayakan keselamatan mereka.

“Tidak kurang membawa anak-anak kecil untuk melihat ombak besar tersebut.

“JBPM mengambil inisiatif melakukan rondaan sebanyak tiga kali sehari pada waktu petang, malam dan tengah malam bagi menasihati orang ramai agar segera beredar dari kawasan pesisir pantai tersebut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI