fbpx

Bapa buntu masa depan lima anak tiada dokumen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rizam melawat Azzehar (tiga kanan) di rumah keluarga itu di Kampung Tebuk Jawa, Sungai Air Tawar, Sabak Bernam, hari ini.

SABAK BERNAM – Seorang pengutip buah sawit buntu mengenai masa depan lima anaknya yang tiada dokumen pengenalan diri dan pendidikan formal seperti kanak-kanak lain.

Azzehar Che Mani, 52, berkata masalah itu berlaku selepas dia bernikah dengan isterinya, Fitriani Efendi, 36, yang merupakan warga Indonesia pada tahun 2011.

“Saya beberapa kali memohon untuk mendapatkan kewarganegaraan buat isteri dan anak-anak, namun belum berjaya sehingga kini.

“Selain itu, saya pernah mengupah ejen menguruskan masalah ini, tetapi ditipu ribuan ringgit,” katanya di kediamannya di Kampung Tebuk Jawa, Sungai Air Tawar di sini, hari ini.

Pasangan itu dikurniakan lima anak yang dilahirkan di negara ini iaitu Afif Che, 14; Akif Che, 12; Arif Che, 8; Abdullah Che, 6; dan Ain Che, 3.

Tambah Azzehar, dia tidak sesekali mengabaikan pendidikan biarpun tidak dapat menghantar semua anaknya ke sekolah.

“Saya kini hanya mampu mengajar mereka untuk mengenal semua huruf, membaca dan mengaji. Jika Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris itu saya boleh sedikit, namun mampu mengajar mereka Matematik dan Sains,” ujarnya.

Sementara itu, Ahli Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, Datuk Rizam Ismail berkata, pihaknya bersedia membantu keluarga berkenaan yang diharap dapat memberi kerjasama yang baik bagi menyelesaikannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI