fbpx

K2

AI dalam kabin kereta mampu kesan tahap kesihatan, emosi pemandu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGLIBATAN AI dalam kenderaan digambarkan sebagai pembantu peribadi yang bukan sahaja mengawal tetapi juga memantau keadaan pemanduan dan pemandu.

SUATU ketika dahulu operasi kenderaan dengan kecerdasan buatan (AI) merupakan suatu visual yang sering dipamerkan menerusi filem-filem fiksyen.

Namun begitu, seiring kemajuan teknologi, integrasi AI dalam kenderaan sudah menjadi realiti dan menjadi satu inovasi dalam industri automotif.

Penglibatan AI dalam kenderaan digambarkan sebagai pembantu peribadi yang bukan sahaja mengawal tetapi juga memantau keadaan pemanduan dan pemandu.

Salah satu inovasi sistem kenderaan dengan AI turut diperkenalkan oleh LG Electronics (LG) semasa Consumer Electronics Show (CES) 2025 baru-baru ini.

Menurut Presiden LG Vehicle Solution Company, Eun Seok-hyun, integrasi AI dalam kenderaan merupakan penyelesaian penderiaan dalam kabin yang direka untuk memberi kemudahan dan menjamin keselamatan lebih baik kepada pengalaman pemanduan.

“Inovasi ini kita tampilkan sebagai pengalaman dalam kenderaan AI yang mana kami, memanfaatkan penyelesaian visi LG AI untuk mengesan dan bertindak balas terhadap keperluan penumpang kenderaan sambil mengoptimumkan keadaan dalam kabin.

“Pengalaman dalam kenderaan AI bermula dengan mengesan dan menganalisis pemandu dan kenderaan dalam masa nyata melalui dua sistem utama iaitu Sistem Pemantauan Pemandu (DMS) dan Sistem Pemantauan

Pemandu dan Dalaman (DIMS),” katanya kepada media pada CES 2025 di Las Vegas, Nevada, Amerika Syarikat baru-baru ini.

DMS boleh mengenal pasti kesihatan fizikal dan keadaan emosi pemandu melalui pemantauan kadar denyutan jantung masa nyata dan pengecaman ekspresi muka.

Tambahnya, kedua-dua sistem itu dikuasakan oleh vision AI yang turut ditunjukkan melalui simulasi interaktif bagi membolehkan pengunjung di CES merasai pengalaman kabin kenderaan pada masa hadapan.

Simulasi berkenaan juga menyerlahkan cara teknologi LG berupaya menganalisis keadaan pemanduan dan status pemandu dengan tepat dalam masa nyata, sekali gus menunjukkan secara langsung pengalaman dalam kenderaan yang didayakan oleh AI.

“Penderiaan dalam kabin berkuasa AI secara intuitif menyesuaikan diri dengan keutamaan dan keperluan individu, memberikan perkhidmatan yang disesuaikan seperti laluan pemanduan yang diperibadikan, kemas kini masa nyata tentang keadaan jalan raya dan maklumat mengenai infrastruktur dan tempat menarik yang berdekatan.

“DMS boleh mengenal pasti kesihatan fizikal dan keadaan emosi pemandu melalui pemantauan kadar denyutan jantung masa nyata dan pengecaman ekspresi muka.

“Sistem ini membantu meningkatkan keselamatan jalan raya dengan menyedarkan pengguna tentang tahap kewaspadaan dan kesejahteraan keseluruhan pemandu serta memberi mereka cara yang mudah untuk menjejaki kesihatan dari semasa ke semasa,” ujarnya.

Jelasnya lagi, penggunaan vision AI dan penderia dalam kabin yang canggih menekankan komitmen mereka untuk melaksanakan inovasi termaju yang mengembangkan pengalaman mobiliti.

Dengan teknologi affectionate intelligence LG, penyelesaian dalam kabin boleh menyediakan pembuat kereta dengan prestasi, kualiti dan fleksibiliti.

Teknologi AI juga dapat memberikan pemandu dan penumpang pengalaman di atas jalan yang lebih selamat dan menyeronokkan.

Ia juga seiring dengan kemajuan teknologi yang memungkinkan AI diintegrasikan dalam kenderaan, sekali gus menjadi inovasi terkini dan paling maju buat sektor automotif di peringkat global.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI