fbpx

4 maut kemalangan tiga kereta, dua motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan di tempat kejadian kemalangan di Jalan Stutong, Kuching.

KUCHING – Tiga lelaki dan seorang wanita maut dalam kemalangan melibatkan tiga buah kereta dan dua motosikal di Jalan Stutong menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) di sini hari ini.

Kemalangan itu turut menyebabkan seorang wanita kritikal, seorang lelaki parah manakala tiga lagi lelaki cedera ringan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya dan BBP Batu Lintang digerakkan ke lokasi sebaik menerima panggilan pada pukul 1 tengah hari.

“Kematian mangsa disahkan oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi. Kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Mangsa yang kritikal dan cedera dibawa ke hospital oleh ambulans,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI