fbpx

314 orang rugi RM2.1 juta, agensi umrah gagal tunai janji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian jemaah terkandas masih menunggu penjelasan daripada pihak syarikat di ibu pejabat syarikat itu di Kota Warisan hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR / KOSMO!

SEPANG – Seramai 314 bakal jemaah umrah mengalami kerugian hampir RM2.1 juta selepas syarikat pengendali pakej ibadah itu gagal menunaikan janji untuk menerbangkan kumpulan berkenaan ke Tanah Suci semalam.

Lebih menyedihkan, kumpulan terkandas itu bukan sahaja melibatkan individu yang tinggal di sekitar Lembah Klang, malah ada yang tiba dari Korea Selatan, Brunei, Sarawak dan Sabah.

Menurut wakil jemaah, Anuar Musa, 314 jemaah yang terkandas terpaksa berkumpul di pejabat syarikat pengendali umrah di Kota Warisan berikutan masih mengharapkan sinar untuk menjejak kaki ke Tanah Suci.

“Bagaimanapun, sehingga kini, pihak syarikat gagal menunaikan janji yang dibuat kepada jemaah termasuk untuk menyediakan tiket penerbangan, urusan visa serta kemudahan hotel.

“Untuk makluman, jemaah yang terkandas juga terpaksa menggunakan duit tambahan untuk penginapan dan makan minum sementara menunggu perkembangan terkini daripada pihak syarikat,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini tadi.

Katanya, pihak syarikat turut berjanji untuk menerbangkan sebahagian jemaah pada 19 Januari, namun sehingga kini tiada sebarang bukti dan pengesahan berhubung tiket penerbangan, visa dan hotel ditunjukkan mereka.

“Jadi, melihat kepada situasi itu, kami memecahkan jemaah kepada dua kumpulan di mana mereka yang mahu ke Tanah Suci dan individu menuntut pemulangan wang.

“Setakat ini, hanya 17 orang berjaya mendapat pemulangan wang, namun ia tidak penuh, manakala baki 297 lagi masih menunggu tindakan seterusnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI