fbpx

2 pemandu kereta bergusti di tengah jalan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan dua lelaki berguling di atas jalan sambil memukul antara satu sama lain. - Jam Press

LONDON – Perbuatan dua lelaki bergaduh hingga berguling-guling di tengah jalan raya dan  mencetuskan kesesakan lalu lintas mengundang kecaman orang ramai, lapor akhbar The Sun UK semalam. 

Kejadian berlaku di sebuah persimpangan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow pada 12 Disember lalu. 

Rakaman yang dimuat naik memaparkan kereta jenama Toyota Prius dan Ford Fiesta diletakkan di tengah jalan dengan pintu sebelah pemandu terbuka. 

Kedua-dua pemandu kereta berkenaan dilihat berguling di atas tanah sambil memukul antara satu sama lain. 

Mereka kemudian dileraikan oleh pemandu lain. 

Rakaman itu mencetuskan pelbagai reaksi di ruangan komen. 

“Sukan baharu akan datang. Ia dipanggil gusti jalanan,” kata seorang netizen. 

“Mengarut kerana menyebabkan kelewatan dan kesesakan tanpa sebab!” kata netizen lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI