fbpx

[VIDEO] ‘Macam mana kepala treler tu boleh tercabut’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik di Facebook memaparkan kontena yang ditinggalkan di atas jalan.

PETALING JAYA – Kepala sebuah treler tiba-tiba terpisah dari kontena yang dibawanya, menyebabkan bahagian belakang kenderaan berat itu tertinggal di tengah jalan.

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik di Facebook, menunjukkan treler itu bergerak dengan lancar sebelum kontena tersebut terpisah dari kepala treler.

Kejadian tersebut menyebabkan sebuah motosikal yang berada di belakang treler terpaksa brek secara mengejut untuk mengelak daripada melanggar kontena itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai pendapat mengenai kejadian tersebut.

“Pemandu mungkin tidak bersalah, tetapi kesilapan mungkin terletak pada individu yang mengendalikan kontena itu kerana kemungkinan klip sambungan tidak diperiksa dengan betul,” ujar Samiah Mia.

“Ini jelas masalah teknikal. Tidak mungkin ada sesiapa yang sengaja mahu menjatuhkan barangan yang dibawa, apatah lagi dengan bebanan seberat itu,” komen Jul Aripin.

“Kejadian seperti ini pernah berlaku. Mungkin kunci sambungan tidak cukup kuat atau tidak diperiksa dengan teliti. Lalu jalan yang tidak rata boleh menyebabkan ia tercabut. Kalau diperiksa dengan rapi dari awal, insiden sebegini dapat dielakkan,” tambah Hasbulla Mogemov. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI