fbpx

[VIDEO] Hati-hati ombak besar, jangan jadikan pesta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar orang ramai yang dilihat seolah-olah sedang 'berpesta' di tepi laut ketika ombak tinggi di Terengganu.

PETALING JAYA – Biarpun ombak kuat, sebahagian pengunjung di Terengganu masih tetap bermain air laut, malah sengaja menunggu ombak membadai mereka ketika Monsun Timur Laut melanda negeri itu.

Menerusi perkongsian oleh Ahmad Azrin di TikTok, kelihatan ramai orang berdiri di seberang jalan menghadap sebuah pantai di Seberang Takir ketika ombak kuat melambung ke arah mereka.

Bukan itu sahaja, kelihatan beberapa kenderaan yang lalu di jalan itu turut sama dibasahi air laut, dengan pemandu dan penumpang terkejut melihat ombak besar yang melimpah ke jalan raya.

Hantaran ini menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang rata-rata menasihati orang ramai untuk berhati-hati dan mengutamakan keselamatan ketika menikmati fenomena alam tersebut.

“Satu aku tak faham. Tahu dah ombak kuat tapi kenapa masih nak tengok dekat-dekat macam tu? Tak fikir nak lari dulu. Kalau saya terfikir ombak tu makin kuat, tarik semua yang berdiri tepi jalan tu, tak sempat nak lari dah,” ujar Mekra.

“Buat apa lah bawa anak-anak kecil. Macam pesta pula. Kan tu ombak besar, bahaya sungguh,” komen Rabiah.

“Tak takut ke mereka semua tu? Aku tengok dalam telefon pun rasa takut. Kalau kebetulan ada kat situ, memang aku cabut lari terus,” kata Eira. – KOSMO! ONLINE

@cybertechweb Fenomena ombak monsoon timur laut yang bertembung dengan air pasang besar yang telah mengakibatkan banyak kawasan pesisir pantai dibadai ombak kuat malam ni.. Ingat duduk seberang ni dah selamat, sekali ombak lagi kuat..😰 Syukur semua ok, basah la jugak sikit 😅 Sebelah jalan dah ditutup untuk laluan. Moga semua yang melalui kawasan tepi pantai berhati-hati malam ni. Moga Allah SWT pelihara negeri tercinta ini dari sebarang musibah. Aamin #Monsoon #AirPasangBesar #Ombak #SeberangTakir #MehGiJalan #MusimTengkujuh #PantaiMiami #KualaTerengganu #drawbridgeterengganu #fyp ♬ original sound – Ahmad Azrin // #MehGiJalan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI