fbpx

[VIDEO] Feri Langkawi buat hal lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran tersebut.

PETALING JAYA – Penumpang feri di Jeti Langkawi kecewa apabila terpaksa menunggu berjam-jam lamanya akibat kelewatan perjalanan.

Menurut perkongsian oleh @herexx_02 di TikTok semalam, mereka terpaksa menunggu selama enam jam apabila perjalanan feri yang dijadualkan pada pukul 2 petang ditunda ke pukul 4 petang, kemudian sekali lagi ke pukul 5.50 petang.

Bagaimanapun, akhirnya perjalanan dibatalkan sekitar pukul 7 malam.

“Mereka bagitahu tak dapat pelepasan dari pihak laut. Masalahnya, ada yang cakap dari pukul 11 pagi sudah ada masalahm tapi tak ada beritahu apa-apa dekat penumpang,” ujarnya di ruangan komen.

Dalam video tersebut, kelihatan orang ramai mengerumuni kaunter tiket sambil bertekak bagi mendapatkan penyelesaian berhubung masalah yang berlaku.

Hantaran itu telah meraih pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang rata-rata simpati terhadap penumpang terkandas, terutama golongan warga emas dan kanak-kanak.

“Jika berlaku kelewatan atau pembatalan feri, boleh tak pihak feri sediakan tempat bermalam dan makan minum? Feri seterusnya, utamakan yang ni dulu. Selesaikan elok-elok,” cadang Pak Lah.

“Pengurusan punya angkara, kaunter tiket jadi mangsa. Orang kaunter pun telefon lah pengurusan atau wakil operasi ke untuk terangkan keadaan sebenar,” kata Seafarer. – KOSMO! ONLINE

@herexx_02 6jam tunggu, lepas 2pm katenye jam 4pm ferry sampai then postpone lagi 5.50pm, sampai 7lebih end up ferry @Sani Ferry cancel. kesian kat budk2 kecil & org tua #saniferrylangkawi #bannedsaniferry #saniferry ♬ original sound – herex

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI