fbpx

Usaha pemulihan Sapura Energy masuk fasa baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sapura Energy Berhad menerima pengesahan bertulis daripada Jawatankuasa Penyusunan Semula Hutang Korporat (CDRC) pada 11 Januari lalu, menyatakan Pembiaya MCF, yang mewakili sekurang-kurangnya 75 peratus kemudahan pembiayaan dalam nilai pelbagai mata wang telah menyediakan kelulusan tambahan secara prinsipnya berkenaan pemurnian tertentu kepada terma Skim Penstrukturan Semula (PRS) hutang yang dicadangkan oleh Syarikat.

Sejak September 2022, Sapura Energy dan Pembiaya MCF telah terlibat dalam rundingan dengan CDRC sebagai pengantara untuk mencapai persetujuan mengenai PRS, yang mana Pembiaya MCF telah memberikan kelulusan secara prinsip pertama pada Disember 2023.

Selepas itu, Sapura Energy terus memperhalusi PRS berkenaan dengan mengambil kira kemajuan dalam menyelesaikan tuntutan luar jangka tertentu melalui proses pembuktian hutang.

Kelulusan kedua itu membuka jalan untuk mesyuarat diadakan oleh mahkamah bersama kelas pemiutang yang berkaitan dengan Sapura Energy, dan anak syarikatnya yang berkaitan.

Ia juga akan memudahkan prospektif pelaburan kewangan daripada pihak ketiga.

Pengerusi Sementara Sapura Energy, Shahin Farouque Jammal Ahmad mengucapkan terima kasih kepada CDRC atas bimbingan dan sokongan tidak ternilai semasa proses pengantaraan.

“Kami berterima kasih kepada kedua-dua CDRC dan Pembiaya MCF kerana terus menyokong usaha pemulihan Sapura Energy.

“Dengan perkembangan positif ini, Sapura Energy selangkah lebih hampir untuk mengatur kedudukan kewangan kami dan keluar daripada status sebagai Nota Amalan 17,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI