fbpx

Titah Adendum: ‘Saya akan berikan kerjasama penuh’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy ketika ditemui di pejabatnya bagi memberikan keterangan kepada polis, hari ini.

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan beliau akan memberi kerjasama penuh kepada polis berhubung siasatan berkaitan Titah Adendum.

Difahamkan, Khairy Jamaluddin akan diambil keterangan oleh pihak polis di pejabatnya di Bukit Damansara, di sini hari ini.

“Saya akan beri keterangan sebab ada laporan polis dan saya akan bagi kerjasama penuh,” katanya ketika ditemui pemberita sebentar tadi.

Terdahulu, tinjauan Kosmo! mendapati tiga anggota polis tiba di pejabat Khairy Jamaluddin kira-kira pukul 4.40 petang tadi.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan polis akan merakam keterangan Khairy Jamaluddin hari ini berhubung kenyataan terhadap Datuk Seri Azalina Othman Said yang didakwa berkomplot menyembunyikan Titah Adendum.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, pihaknya menerima dua laporan pada Jumaat lalu.

Laporan itu dibuat susulan kenyataan Khairy Jamaluddin menerusi siaran audio siar ‘Keluar Sekejap’ yang mendakwa terdapat krisis kepercayaan terhadap bekas partinya, UMNO berkaitan isu Titah Adendum melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI