fbpx

‘Teruja bayi bakal lahir tapi takut nak beranak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ATIKAH Shuhaimi kini menghitung hari menunggu kelahiran bayi sulungnya.

PETALING JAYA – Memasuki trimester terakhir kehamilan, pelakon Datin Atikah Suhaime, mengakui perasaannya bercampur baur menanti detik bermakna untuk menyambut cahaya mata sulungnya.

Ujar Atikah atau nama sebenarnya Nur Atikah Mohd Suhaime, 33, dia sangat teruja untuk berjumpa si comel namun tidak dapat menyembunyikan rasa gementar untuk melalui proses bersalin buat pertama kali.

“Last trimester. Kejap gembira, kejap cuak.

“Saya sangat teruja untuk bayi bakal lahir ini tapi pada masa yang sama takut nak beranak.

“Jadi, anda mungkin lihat saya bergelak ketawa dan sekelip mata bertukar cuak,” katanya menerusi hantaran dalam Instagram.

Paling penting kata pelakon filem Tan-Ti-Ana itu, perjalanan fasa terakhir kehamilan banyak mengajarnya untuk lebih bersabar dan menerima pelbagai perubahan.

Dalam video dimuat naik itu juga turut memaparkan aktres asal Singapura itu menari bersama suaminya, Datuk Lokman Teh, di sebuah majlis ulang tahun kenalan mereka.

Ruangan komen dibanjiri ucapan doa dan tip menghadapi fasa akhir kehamilan, termasuk saranan mengamalkan beberapa surah untuk membantu melancarkan proses bersalin.

“Semoga dipermudahkan urusan bersalin dan bayi jadi anak solehah,” tulis seorang pengikutnya.

“Amalkan baca surah Maryam, insya-Allah semuanya akan dipermudahkan,” komen seorang netizen.

Fasa akhir kehamilan menjadi satu pengalaman penuh emosi, namun dengan sokongan suami dan keluarga, Atikah dilihat optimis menyambut kelahiran zuriat pertamanya.

Atikah dan Lokman yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif produk tempatan terkemuka, Zaitun mendirikan rumah tangga pada Januari tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI