fbpx

Syarikat penerbangan arah Khabib keluar pesawat ‘diserang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Netizen mula menyerang ruangan komen hantaran di Instagram Frontier Airlines selepas kejadian Khabib dihalau dari pesawat syarikat terbabit.

PETALING JAYA – Orang ramai seluruh dunia ‘menyerang’ media sosial syarikat penerbangan yang mengarahkan bintang Ultimate Fighting Championship (UFC), Khabib Nurmagomedov keluar dari pesawat ke Los Angelas, Amerika Syarikat semalam.

Syarikat penerbangan itu, Frontier Airlines telah mendapat lebih 75,000 komen kecaman dalam satu posting terbaharunya di Instagram rasmi itu.

Tinjauan Kosmo! Online mendapati ruangan komen di akaun Instagram syarikat tersebut dipenuhi kecaman dan kritikan, dengan netizen menyatakan rasa tidak puas hati terhadap tindakan syarikat berkenaan mengarahkan Khabib keluar pesawat.

“Mohon maaf kepada Khabib atas apa yang berlaku, sangat mengecewakan melihat bagaimana kru kabin anda melayan orang seperti ini,” tulis Rohanegapazi.

“Sikap buruk dan rasisme. Saya harap tindakan anda akan menyebabkan syarikat penerbangan ini ditutup tidak lama lagi,” ujar Nunudanu30.

“Bagaimana kami boleh percaya anda akan membantu semua orang di dalam pesawat jika anda mempamerkan tingkah laku seperti ini? Ini tidak boleh diterima!,” kata Christinaapetersen.

“Hai semua, saya sangat menggalakkan anda untuk memboikot syarikat ini. Baru-baru ini, mereka telah menghalau Khabib dari penerbangan atas alasan yang tidak masuk akal, yang jelas menunjukkan tingkah laku rasis mereka. Kita tidak boleh membiarkan diskriminasi seperti ini berlaku,” tambah Daniyal.582.

Terdahulu, Khabib diarahkan keluar daripada pesawat selepas berselisih faham dengan pramugari mengenai tempat duduknya yang berada di kawasan pintu kecemasan.

Pramugari tersebut dikatakan mengarahkan Khabib untuk menukar tempat duduk atau meninggalkan pesawat. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Frontier Airlines (@flyfrontier)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI