fbpx

Suspek utama bunuh wanita di hotel bajet didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Artikel Kosmo! Online berkaitan kejadian tersebut.

SERDANG – Suspek utama dalam kes pembunuhan seorang wanita warga Indonesia di sebuah hotel sekitar Taman Mawar Puchong di sini akan didakwa esok.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, pertuduhan terhadap suspek berusia 23 tahun itu akan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Suspek utama akan dituduh di Mahkamah Petaling Jaya esok susulan tempoh reman telah tamat pada 10 Januari lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan mayat seorang wanita warga Indonesia ditemui dalam keadaan berlumuran darah di dalam sebuah bilik hotel di Puchong di sini.

Polis kemudian menahan dua lelaki warga asing masing-masing berusia 39 tahun di Bukit Puchong untuk membantu siasatan.

Penahan tersebut membawa kepada tangkapan suspek utama iaitu seorang lelaki warga Bangladesh yang mengaku membunuh wanita berusia lingkungan 30 tahun itu gara-gara cemburu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI